Sunday 11 December 2011

Nagari Nan Tuo

Nagari Nan Tuo

Tegak Rumah Kerana Sendi, Runtuh Sendi Rumah Binasa
Sendi Bangsa Adalah Budi, Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa

Adat Bersaudara, Saudara Dipertahankan
Adat Berkampung, Kampung Dipertahankan

Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan
Adat berbangsa, Bangsa Dipertahankan

Saudara-Saudari ku Melayu yang dikasihi,

Begitulah bunyi pepatah lama dari Negeri Beradat, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kita semak dan kaji betapa halusnya pepatah ini disusun oleh pejuang-pejuang bangsa melayu kita dahulu untuk santapan dan bekalan generasi masa depan di dalam melonjakkan keutuhan bangsa Melayu di bumi bertuah kita ini.

Dari susun kata dan pengisiannya, pesanan demi pesanan diletakkan secara beradab dan teratur. Kesimpulan nya, pesanan nenek moyang kita ini menjangkaui pesanan supaya bangsa Melayu Bersatu Padu, Berkhemah, Teguh Bersama-Sama, Membantu Sesama Bangsa, Mempertahankan Agama, Bangsa, Kampung, Negeri dan Negara supaya kekal Bangsa Melayu itu dengan mencapai kegemilangan hendaknya.

Apakah kita hari ini ingin merosakkan segala sususan yang telah diperturunkan dan diamanahkan serta diwarisi oleh nenek moyang kita? Ingatlah dengan penuh insaf, tiada lagi Bangsa Melayu yang memerintah dan mempunyai Negara seperti kita pada hari ini. Hanya Malaysia sahaja yang diperintah oleh Bangsa Melayu.

Saudara-Saudari ku Melayu yang dikasihi, sama-sama lah kita mendukung tanggungjawab memastikan Melayu tetap memerintah di muka bumi tercinta ini. Bersatulah dan bergerak kehadapan. InsyaALLAH

Salam


No comments:

Post a Comment