Tuesday 20 December 2011

Krisis Melayu Hari Ini Mengundang Revolusi Jalanan


Salam Perjuangan Saudara-Saudari, Sahabat-Sahabat Pejuang Bangsa Melayu Yang Dikasihi,

Pada masa ini, Bangsa Melayu dihidangkan dengan ancaman demi ancaman daripada saudara sebangsa Melayu kita sendiri . Realitinya, selama ini kita cukup risau dan gusar akan ancaman dari bukan Melayu
yang sentiasa berusaha merapuhkan perpaduan kita. Tetapi sejak akhir-akhir ini, barisan muda Anak-Anak Melayu pula yang diperKuda dan diperKeldaikan oleh bukan Melayu dan segelintir Pemimpin Melayu sendiri.

2 kejayaan berjaya terbit daripada kisah Mahasiswa UPSI, Adam Adli Abdul Hamid yang berdemostrasi serta menurunkan bendera YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak di PWTC kelmarin.

PERTAMA - Bukan Melayu telah berjaya memecah-belahkan Bangsa Melayu. Sebagai seorang Anak melayu yang diasuh dengan adab dan sopan dari kecil, tindakan Adam Adli ini merupakan suatu malapetaka bagi Bangsa Melayu dengan biadapnya memasuki laman rumah orang (Bangunan UMNO) dan menurunkan bendera serta menggantikannya dengan bendera SMM. Saya percaya, kita Anak-Anak Melayu yang beradab tidak pernah diajar melawat rumah orang lain, walaupun rumah orang bukan Melayu atau orang Kafir sekalipun akan bertindak sedemikian rupa. Kenapa ini berlaku? Sudah terang lagi bersuluh, Anak Melayu ini telah berjaya dicuci pemikirannya oleh bukan Melayu agar bersikap biadap terhadap kaum sebangsanya. Kejayaan bukan melayu ini mengumpul dan menyokong kebiadaban generasi muda Anak-Anak Melayu ini sudah dikategorikan sebagai bahaya dan bukan lagi membimbangkan.

KEDUA - Agenda tersembunyi pemimpin Melayu dibelakang Adam Adli ini juga boleh kita rumuskan sebagai suatu gerakan Pra-Momentum Revolusi Jalanan pada 9hb Januari 2012, yang mana suatu keputusan mahkamah bakal dijatuhkan kepada Pengkhianat Bangsa nanti. Setelah 3 tahun menunda, mencela dan berbagai-bagai helah digunakan untuk menangguhkan kes keji nya, maka jalan terakhir yang bakal digunakan adalah Revolusi Jalanan. Saya berani ketengahkan ancaman ini atas beberapa faktor seperti kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, bahawa tembok penjara akan dirobohkan jika Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara pada 9hb Januari 2012. Semalam kenyataan daripada SMM pula mencabar kerajaan jika Adam Adli dikenakan tindakan oleh UPSI, maka suatu Revolusi akan berlaku.

Saudara-Saudari, Sahabat-Sahabat Pejuang Bangsa Melayu Yang Dikasihi,

Adakah ini yang ingin kita mahukan. Setelah perit, jerih, susah dan kepayahan pejuang-pejuang terdahulu memartabatkan bangsa Melayu kita dengan darah dan air mata diperlekehkan oleh Adam Adli, Anwar Ibrahim dan Bukan Melayu yang lain?

Adakah kita hanya mahu menunggu seperti selalu. Sehingga kerosakan dan kehancuran telah berlaku dibumi bertuah Tanah Melayu yang tercinta ini?

Apakah impak jika ianya benar-benar berlaku dan tidak terbendung lagi. Adakah Melayu akan terus berkuasa lagi atau mengikut telunjuk bukan Melayu?

Bangunlah! Bangkitlah! Insaflah! Bersatulah! kita semua dibawah panji kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara. Berpantang Maut Sebelum Ajal, Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata

Salam


No comments:

Post a Comment