Saturday 10 December 2011

Apa nak Jadi Dengan Melayu? Jangan Kita Jadi Penonton Sahaja

Salam Saudara-Saudari ku Melayu yang dikasihi,

Sedarkah bahawa Melayu telah berpecah lagi atas kelekaan kita sendiri? Baru-baru ini parti DAP dengan tanpa rasa malunya memulakan langkah ingin meletakkan calon-calon Melayu bertanding dalam PRU13. Memang selama ini DAP telahpun meletakkan calon-calon Melayu bertanding didalam PRU yang lepas, namun calon-calon berkenaan sememangnya diketahui tidak akan memberi sebarang kerusi kepada mereka.

Bertindak atas pengalaman PRU12 dimana DAP menang besar sebagai parti tunjang di Negeri Perak Darul Ridhuan, tetapi dinafikan hak mereka meletak bukan Melayu sebagai Menteri Besar yang termaktub dalam undang-undang tubuh negeri Perak Darul Ridhuan; Maka strategi baru mereka meletakkan calon-calon Melayu atas tiket DAP sebagai bakal Menteri-Menteri Besar di Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan lain-lain adalah cukup membahayakan kita pada kali ini.

Sedarlah wahai Saudara-Saudariku Melayu yang dikasihi, jika seorang pun calon Melayu DAP itu mendapat kerusi dan diangkat sebagai Menteri Besar nanti, maka kita sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kekuatan Melayu dibumi bertuah ini. Menteri Besar berkenaan akan mengikut telunjuk DAP dan bermulalah agenda menghapuskan segala bentuk agenda Melayu kita dari dalam pentadbiran kerajaan.

Renunglah sedalam-dalamnya perpecahan Melayu kita pada hari ini. Kita mempunyai Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu Atas Pagar, Melayu KITA, Melayu Tiada Parti, Melayu Tidak Kisah Untuk Jadi Pengundi, Melayu Yang Kecewa dari UMNO yang kalah dalam pertandingan, Melayu Yang Khianat pada Bangsa Melayu dan lain-lain lagi. Sebagai contoh yang paling malu buat Melayu ketika ini adalah Majlis Himpun di Shah Alam baru-baru ini. Majlis berkenaan bukan lah majlis politik, majlis berkenaan adalah majlis menghimpukan Melayu agar menyanggah anasir memurtadkan orang Melayu Islam yang agak berleluasa dewasa ini. Malang bagi Melayu Islam, kepentingan politik lebih penting dari segalanya.

Kaum Cina di Malaysia ini, kepentingan Ugama, Pelajaran, Budaya dan Bahasa mereka jangan sekali-kali kita menyentuhnya. Tidak kira dari parti mana pun, dikedai kopi, tempat main mahjong atau mana-mana ceruk rantau pun mereka semua akan bersatu dan mempertahankan. Malahan sekarang ini seolah-olah kerajaan BN seperti diancam dengan segala bentuk permintaan dari mereka.

Pesan orang-orang tua BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH. APA NAK JADI DENGAN MELAYU? JANGAN KITA JADI PENONTON SAHAJA.

Salam


No comments:

Post a Comment