Saturday 31 December 2011

2012 Terus Berjuang Memartabatkan Melayu Mendaulatkan Islam

Salam Perjuangan buat Saudara-Saudari, Sahabat-Sahabat Pejuang Melayu yang dikasihi.

Selesai sudah beberapa jam yang lalu kita semua meninggalkan tahun 2011 dengan berbagai pengalaman serta kisah suka, duka, perit, jerih dan bermacam-macam warna kenangan indah dan pahit. Kini 2012 hadir dan mula mengorak langkah Bangsa Melayu di bumi bertuah Tanah Melayu yang kita cintai ini. 2012 merupakan tahun cabaran getir bagi kita Bangsa Melayu kerana kita semua bakal disajikan dengan beberapa peristiwa yang saya jangkakan akan memberi impak arah tuju dan nasib untung Bangsa Melayu akan datang.

Pertamanya bermula dengan keputusan mahkamah pada 9hb Januari keatas kes liwat DS Anwar Ibrahim. Sejak penyingkiran DS Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Bangsa Melayu di bumi bertuah kita ini telah melahirkan lagi sebuah parti PKR yang rata-ratanya didukung oleh orang-orang Melayu yang kecewa dan taksub keatas kepimpinan DS Anwar Ibrahim. Desas-desus "Demo 901", "Free Anwar Campaign" dan "FACK International" telah digendang dan dipalu agar rakyat yang tidak berdosa dan tiada kena mengena keatas kes liwat beliau yang dibicarakan diheret ke jalanan semata-mata mempertahankan beliau.

Keduanya, sejak 1998 terdapat 3 Parti yang mewakili Bangsa Melayu dibumi bertuah ini iaitu UMNO, PAS & PKR. Perpecahan ini sebenarnya amat merugikan kita semua. Dari sejumlah 26 juta rakyat Malaysia pada hari ini, peratusan Bangsa Melayu adalah 57% dan 43% Bukan Melayu. Hukum pengiraan mudah di parlimen pada hari ini bejumlah 222 kerusi parlimen. Bayangkan lah jika orang-orang Bukan Melayu berkomplot bersatu memenangi 43% kerusi parlimen pada PRU13 yang digambarkan bakal diadakan pada tahun ini, maka UMNO/PAS/PKR akan ketinggalan memandangkan undi Bangsa Melayu telah berpecah kepada 3 kumpulan. Kita telah melihat dan sedia maklum bahawa peratusan undi bangsa Bukan Melayu lebih condong kepada parti DAP. Bagaimana kedudukan Bangsa Melayu nanti jika perkara sebegini menjadi kenyataan? Adakah setelah kekalahan PRU13 nanti baru lah Bangsa Melayu akan bersatu semula?

Ketiganya, pergerakan ekonomi dunia yang tidak menentu. Ingatlah wahai Bangsa Melayu ku yang dikasihi sekelian! Maka didalam skrip Freemason yang telah tercipta beratus tahun itu, ada menyatakan akan tiba waktunya dimana ekonomi dunia yang dipimpin Amerika Syarikat bakal ditekan, Negara-negara Islam yang kaya raya dengan simpanan minyak dan gas bakal digulingkan dengan demostrasi jalanan, pemimpin-pemimpin gagah Islam dihapuskan dan digantikan dengan pemimpin yang mengikut telunjuk mereka sahaja dan juga memporakperandakan Negara-negara yang bakal membangun dari terus maju. Pada hari ini dan sejak 5 tahun kebelakangan ini, kita dapat perhatikan betapa masyarakat Islam di dunia dipijak, dicerca, dilabel pengganas serta ditekan ekonomi nya. Saya cukup percaya pada tahun 2012 ini harga minyak mentah bakal dinaikkan oleh golongan Freemason ini dimana Iraq, Libya, Tunisia dan Mesir telah berjaya mereka robohkan dan hasil bumi minyak dan gas negara berkenaan berjaya digenggam mereka. Apabila ini berlaku maka, cukup mudah bagi mereka merencana masa depan Tanah Melayu bumi bertuah kita ini dengan keadaan Bangsa Melayu yang kian lemah, berpecah-belah serta kucar-kacir memerangi sesama sendiri.

Saudara-Saudari, Sahabat-Sahabat Pejuang Melayu sekelian. Insaflah dan fikirkan lah sedalam-dalamnya agar Bangsa Melayu kita ini terpelihara dan maju kehadapan. Cukuplah sengketa sesama kita selama ini, kembalilah dibawah panji Melayu yang sudah pastinya beragama Islam ini. Bersama-sama kita kuatkan semangat dan tekad agar pada tahun ini 2012 Kita Terus Berjuang Memartabatkan Melayu Mendaulatkan Islam.

Salam Perjuangan dan Kejayaan Bangsa Melayu Islam

Salam

No comments:

Post a Comment