Sunday 4 December 2011

Bangkitlah Melayu Puas Sudah Kita Dimaki dan Dicerca

5 PERINGATAN yang penting dari ucapan Dato Seri Najib Abdul Razak di Perhimpunan Agong UMNO dapat kita kongsi bersama di muka depan Mingguan Malaysia hari ini. Baca dan fahamilah dengan penuh ikhlas agar tersemat di benak dan sanubari orang-orang Melayu didalam menghadapi golongan-golongan yang sentiasa cuba merendahkan dan mencerca Melayu di bumi bertuah ini. Tugas kita orang Melayu agar tegur-menegur dan ingat-mengingati diantara satu sama lain.

1- "BERINGATLAH...pilihanraya ini adalah paling getir dalam sejarah tanah air, pilihan yang dihadapkan kepada rakyat adalah pilihan titik penentuan samada kita mahu melihat masa depan yang cerah benderang bagi Malaysia yang maju dengan memilih UMNO dan Barisan Nasional atau menempa jalan tragis penuh kehancuran dengan memilih pakatan pembangkang.."

2- "BERINGATLAH JUGA, pilihan yang bakal dibuat kali ini bukan sahaja tentang UMNO dan BN tetapi kemuncak kepada semua itu adalah untung nasib umat melayu serta rakyat Malaysia keseluruhan; samada Kita Melukut Di Tepi Gantang atau kita terus mencipta kejayaan dan kemakmuran."

3- "INSAFLAH. Insaflah saudara saudari andainya UMNO tidak kita tatang, andainya UMNO tidak kita bela, andainya UMNO sudah tersungkur rebah dan andainya UMNO lenyap, Apakah Masih Terjunjung Islam Yang Suci? Apakah Masih Terpandang Mulia Orang Melayu, Apakah Masih Disanjung Raja-Raja Kita?"

4- "WAHAI orang-orang UMNO (yg rata-ratanya orang Melayu). Bentenglah parti ini, dakaplah tokoh perjuangan ini walau apa aral yang mendatang, jangan sekali-kali kamu tinggalakn Bukit Uhud ini."

5- "PANJI-PANJI telah kita kibarkan, alah undur, berpantang ajal, pertahankanlah ia, gendonglah ia hingga kudrat yang terakhir. AYUH! AYUH! AYUH! semua ke medan perang. INSYA-ALLAH kemenangan pasti milik kita. Demi ISLAM, Demi MELAYU, Demi MALAYSIA!"

Saudara-Saudari ku MELAYU yang dikasihi, sama-samalah kita bulatkan tekad, lupakan sengketa diantara kita, ubah sikap kita, elak kan perpecahan sengketa sesama kita, tinggalkan kemungkaran, rapatkan saf dan sama-sama berjuang mengangkat Martabat dan mengembalikan Maruah Melayu.

 BANGKITLAH MELAYU, PUAS SUDAH KITA DIMAKI DAN DICERCA


No comments:

Post a Comment