Saturday 31 December 2011

2012 Terus Berjuang Memartabatkan Melayu Mendaulatkan Islam

Salam Perjuangan buat Saudara-Saudari, Sahabat-Sahabat Pejuang Melayu yang dikasihi.

Selesai sudah beberapa jam yang lalu kita semua meninggalkan tahun 2011 dengan berbagai pengalaman serta kisah suka, duka, perit, jerih dan bermacam-macam warna kenangan indah dan pahit. Kini 2012 hadir dan mula mengorak langkah Bangsa Melayu di bumi bertuah Tanah Melayu yang kita cintai ini. 2012 merupakan tahun cabaran getir bagi kita Bangsa Melayu kerana kita semua bakal disajikan dengan beberapa peristiwa yang saya jangkakan akan memberi impak arah tuju dan nasib untung Bangsa Melayu akan datang.

Pertamanya bermula dengan keputusan mahkamah pada 9hb Januari keatas kes liwat DS Anwar Ibrahim. Sejak penyingkiran DS Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Bangsa Melayu di bumi bertuah kita ini telah melahirkan lagi sebuah parti PKR yang rata-ratanya didukung oleh orang-orang Melayu yang kecewa dan taksub keatas kepimpinan DS Anwar Ibrahim. Desas-desus "Demo 901", "Free Anwar Campaign" dan "FACK International" telah digendang dan dipalu agar rakyat yang tidak berdosa dan tiada kena mengena keatas kes liwat beliau yang dibicarakan diheret ke jalanan semata-mata mempertahankan beliau.

Keduanya, sejak 1998 terdapat 3 Parti yang mewakili Bangsa Melayu dibumi bertuah ini iaitu UMNO, PAS & PKR. Perpecahan ini sebenarnya amat merugikan kita semua. Dari sejumlah 26 juta rakyat Malaysia pada hari ini, peratusan Bangsa Melayu adalah 57% dan 43% Bukan Melayu. Hukum pengiraan mudah di parlimen pada hari ini bejumlah 222 kerusi parlimen. Bayangkan lah jika orang-orang Bukan Melayu berkomplot bersatu memenangi 43% kerusi parlimen pada PRU13 yang digambarkan bakal diadakan pada tahun ini, maka UMNO/PAS/PKR akan ketinggalan memandangkan undi Bangsa Melayu telah berpecah kepada 3 kumpulan. Kita telah melihat dan sedia maklum bahawa peratusan undi bangsa Bukan Melayu lebih condong kepada parti DAP. Bagaimana kedudukan Bangsa Melayu nanti jika perkara sebegini menjadi kenyataan? Adakah setelah kekalahan PRU13 nanti baru lah Bangsa Melayu akan bersatu semula?

Ketiganya, pergerakan ekonomi dunia yang tidak menentu. Ingatlah wahai Bangsa Melayu ku yang dikasihi sekelian! Maka didalam skrip Freemason yang telah tercipta beratus tahun itu, ada menyatakan akan tiba waktunya dimana ekonomi dunia yang dipimpin Amerika Syarikat bakal ditekan, Negara-negara Islam yang kaya raya dengan simpanan minyak dan gas bakal digulingkan dengan demostrasi jalanan, pemimpin-pemimpin gagah Islam dihapuskan dan digantikan dengan pemimpin yang mengikut telunjuk mereka sahaja dan juga memporakperandakan Negara-negara yang bakal membangun dari terus maju. Pada hari ini dan sejak 5 tahun kebelakangan ini, kita dapat perhatikan betapa masyarakat Islam di dunia dipijak, dicerca, dilabel pengganas serta ditekan ekonomi nya. Saya cukup percaya pada tahun 2012 ini harga minyak mentah bakal dinaikkan oleh golongan Freemason ini dimana Iraq, Libya, Tunisia dan Mesir telah berjaya mereka robohkan dan hasil bumi minyak dan gas negara berkenaan berjaya digenggam mereka. Apabila ini berlaku maka, cukup mudah bagi mereka merencana masa depan Tanah Melayu bumi bertuah kita ini dengan keadaan Bangsa Melayu yang kian lemah, berpecah-belah serta kucar-kacir memerangi sesama sendiri.

Saudara-Saudari, Sahabat-Sahabat Pejuang Melayu sekelian. Insaflah dan fikirkan lah sedalam-dalamnya agar Bangsa Melayu kita ini terpelihara dan maju kehadapan. Cukuplah sengketa sesama kita selama ini, kembalilah dibawah panji Melayu yang sudah pastinya beragama Islam ini. Bersama-sama kita kuatkan semangat dan tekad agar pada tahun ini 2012 Kita Terus Berjuang Memartabatkan Melayu Mendaulatkan Islam.

Salam Perjuangan dan Kejayaan Bangsa Melayu Islam

Salam

Sunday 25 December 2011

Melayu Perlu Di Beritahu 14 Tuntutan IFC (Inter Faith Council)

Salam Perjuangan Saudara-Saudari, Sahabat-Sahabat Pejuang Melayu yang dikasihi,

14 Tuntutan IFC (Inter Faith Counci)l yang diusahakan oleh golongan Anti Melayu dan Islam tidak lama dulu merupakan suatu titik hitam bagi kita Bangsa Melayu di bumi bertuah ini. Saya mengambil inisiatif pada kali ini untuk memperingatkan dan membisikkan semula kepada semua Anak-Anak Bangsa Melayu kita agar tidak lagi lalai, leka dan juga tidak mengendahkan semboyan bahaya yang telah dipalu terhadap keutuhan Bangsa Melayu.

Bangkitlah! Bangunlah! Berjuanglah kita bersama-sama agar tuntutan yang biadap sebegini tidak lagi dikemukakan pada masa akan datang. Tuntutan sebegini lahir pada mana kita Anak-Anak Melayu semua tidak bersatu padu, bercakaran dan berpecah belah sesama kita.


1- Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2- Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3- Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4- Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5- Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang 
Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6- Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7- Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8- Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9- Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10- Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13- Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14-Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Persoalannya adakah kita semua hanya mampu berpeluk tubuh? Kebiadabapan sebegini mencabar Agama, Bangsa dan Negara. Pepatah Melayu saya ungkapkan "Pantang Melayu Dicabar Atas Agamanya, Bangsanya, Rajanya dan juga Negaranya". "Kalau Mereka Menjual, Kita Membeli".

Salam Perjuangan


Tuesday 20 December 2011

Krisis Melayu Hari Ini Mengundang Revolusi Jalanan


Salam Perjuangan Saudara-Saudari, Sahabat-Sahabat Pejuang Bangsa Melayu Yang Dikasihi,

Pada masa ini, Bangsa Melayu dihidangkan dengan ancaman demi ancaman daripada saudara sebangsa Melayu kita sendiri . Realitinya, selama ini kita cukup risau dan gusar akan ancaman dari bukan Melayu
yang sentiasa berusaha merapuhkan perpaduan kita. Tetapi sejak akhir-akhir ini, barisan muda Anak-Anak Melayu pula yang diperKuda dan diperKeldaikan oleh bukan Melayu dan segelintir Pemimpin Melayu sendiri.

2 kejayaan berjaya terbit daripada kisah Mahasiswa UPSI, Adam Adli Abdul Hamid yang berdemostrasi serta menurunkan bendera YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak di PWTC kelmarin.

PERTAMA - Bukan Melayu telah berjaya memecah-belahkan Bangsa Melayu. Sebagai seorang Anak melayu yang diasuh dengan adab dan sopan dari kecil, tindakan Adam Adli ini merupakan suatu malapetaka bagi Bangsa Melayu dengan biadapnya memasuki laman rumah orang (Bangunan UMNO) dan menurunkan bendera serta menggantikannya dengan bendera SMM. Saya percaya, kita Anak-Anak Melayu yang beradab tidak pernah diajar melawat rumah orang lain, walaupun rumah orang bukan Melayu atau orang Kafir sekalipun akan bertindak sedemikian rupa. Kenapa ini berlaku? Sudah terang lagi bersuluh, Anak Melayu ini telah berjaya dicuci pemikirannya oleh bukan Melayu agar bersikap biadap terhadap kaum sebangsanya. Kejayaan bukan melayu ini mengumpul dan menyokong kebiadaban generasi muda Anak-Anak Melayu ini sudah dikategorikan sebagai bahaya dan bukan lagi membimbangkan.

KEDUA - Agenda tersembunyi pemimpin Melayu dibelakang Adam Adli ini juga boleh kita rumuskan sebagai suatu gerakan Pra-Momentum Revolusi Jalanan pada 9hb Januari 2012, yang mana suatu keputusan mahkamah bakal dijatuhkan kepada Pengkhianat Bangsa nanti. Setelah 3 tahun menunda, mencela dan berbagai-bagai helah digunakan untuk menangguhkan kes keji nya, maka jalan terakhir yang bakal digunakan adalah Revolusi Jalanan. Saya berani ketengahkan ancaman ini atas beberapa faktor seperti kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, bahawa tembok penjara akan dirobohkan jika Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara pada 9hb Januari 2012. Semalam kenyataan daripada SMM pula mencabar kerajaan jika Adam Adli dikenakan tindakan oleh UPSI, maka suatu Revolusi akan berlaku.

Saudara-Saudari, Sahabat-Sahabat Pejuang Bangsa Melayu Yang Dikasihi,

Adakah ini yang ingin kita mahukan. Setelah perit, jerih, susah dan kepayahan pejuang-pejuang terdahulu memartabatkan bangsa Melayu kita dengan darah dan air mata diperlekehkan oleh Adam Adli, Anwar Ibrahim dan Bukan Melayu yang lain?

Adakah kita hanya mahu menunggu seperti selalu. Sehingga kerosakan dan kehancuran telah berlaku dibumi bertuah Tanah Melayu yang tercinta ini?

Apakah impak jika ianya benar-benar berlaku dan tidak terbendung lagi. Adakah Melayu akan terus berkuasa lagi atau mengikut telunjuk bukan Melayu?

Bangunlah! Bangkitlah! Insaflah! Bersatulah! kita semua dibawah panji kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara. Berpantang Maut Sebelum Ajal, Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata

Salam


Sunday 18 December 2011

Hari Malang Bagi Melayu


Salam Saudara dan Saudari ku Melayu yang dikasihi,


Semalam merupakan hari yang cukup malang bagi Bangsa Melayu, kita disajikan dengan beberapa insiden dan cerita keruntuhan akhlak dan perangai Bangsa Melayu, yang telah berjaya di perkudakan oleh golongan Anti Melayu. Bangkitlah Wahai Melayu Sekelian! Tiada gunanya kita berpecah belah sehinggakan kita semua terperangkap dengan dakyah golongan Anti Melayu yang inginkan Tanah Melayu ini diperintah mereka. 



Anak Melayu Tajaan Petronas Berkahwin Sejenis Didalam Gereja Di United Kingdom





Anak Melayu Yang Masih Sayangkan Bangsanya, Sebak Mendengar Ucapan Di Perhimpunan Antimurtad  di Perak Darul Ridzuan






Mahasiswa Biadap Melayu Di Keldaikan Oleh Tian Chua, Berdemostrasi Di PWTC Serta Menurunkan Bendera Perdana Menteri Melayu. Mahasiswa-Mahasiswa Yang Menyertai Demonstrasi Ini Semuanya Diberi Biasiswa/Pinjaman Hasil Perjuangan Bangsa Melayu Sejak Merdeka.



Ingatlah Saudara-Saudari, Sahabat-Sahabat Perjuangan Melayu. Insaflah kita bahawasanya krisis Melayu ini  memang sangat-sangat dialu-alukan oleh golongan Anti Melayu untuk memecah-belahkan kita semua semoga tercapai impian mereka memerintah bumi bertuah ini.

Bangkitlah! Bangunlah! Berjuanglah!
Jangan Sampai Nasi Menjadi Bubur.


Salam

Saturday 17 December 2011

Kenapa Melayu Tak Sedar Lagi?

Salam Saudara-Saudari Melayu ku yang Dikasihi,

Berikut adalah beberapa perangai golongan Melayu yang sengaja mengambil kesempatan didalam leka nya kita berpecah kepada beberapa kupulan didalam Bangsa Melayu yang tercinta ini. Ingat-mengingatilah sesama kita, bisik-berbisiklah ditelinga Melayu kita, tegur-menegurlah kepada Melayu yang telah pergi jauh dan  bimbing-membimbinglah kepada Melayu yang muda dan tua, didesa dan dikota. Jangan kita Tak Sedar Lagi?

1- ADA MELAYU YANG NAK UBAH SEJARAH PERJUANG NEGARA

2- ADA BUDAK MELAYU SAMPAI TAKSUBNYA, MELANTIK PEMIMPIN MELAYU SEBAGAI NABI... MASYAALLAH..

3- ADA MELAYU YANG SIANG MALAM MEMPERSOALKAN DASAR EKONOMI BARU YANG TUJUANNYA UNTUK MEMBANTU MELAYU YANG LEMAH DAN MISKIN

4- ADA MELAYU YANG JADI PENGKIANAT KEPADA BANGSA MELAYU SENDIRI

5- ADA MELAYU YANG KERJANYA MEMECAH-BELAH KAN PERPADUAN MELAYU

6- ADA MELAYU YANG SOLAT 2 JEMAAH DALAM MASJID DIWAKTU YANG SAMA

7- ADA MELAYU YANG MELABEL MELAYU LAIN KAFIR HANYA KERANA TIDAK MENGIKUT IDEOLAGI PARTINYA

8- ADA MELAYU YANG BERTEPUK TANGAN DAN KETAWA BESAR BILA ANTI MELAYU NAIK PENTAS DAN CAKAP "HITAM METALIK" PADA PEMIMPIN MELAYU

9- ADA MELAYU YANG KETAWA DAN GEMBIRA BILA ANTI MELAYU BERKATA "PERAK DARUL KARTUN"

10- ADA MELAYU YANG KERJANYA MEMAKI-HAMUN TIAP-TIAP HARI

11- ADA MELAYU YANG SANGGUP MEMINTA BANTUAN LUAR/YAHUDI UNTUK MEMERINTAH BUMI TANAH MELAYU

Saudara-Saudari Melayu ku yang dikasihi, senarai ini boleh kita perpanjangkan dan bakal memecahkan rekod tetapi cukuplah sekadar renungan sahabat-sahabat bangsa Melayu untuk difikirkan sampai bila Melayu tak sedar lagi?

Salam


Sunday 11 December 2011

Nagari Nan Tuo

Nagari Nan Tuo

Tegak Rumah Kerana Sendi, Runtuh Sendi Rumah Binasa
Sendi Bangsa Adalah Budi, Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa

Adat Bersaudara, Saudara Dipertahankan
Adat Berkampung, Kampung Dipertahankan

Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan
Adat berbangsa, Bangsa Dipertahankan

Saudara-Saudari ku Melayu yang dikasihi,

Begitulah bunyi pepatah lama dari Negeri Beradat, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kita semak dan kaji betapa halusnya pepatah ini disusun oleh pejuang-pejuang bangsa melayu kita dahulu untuk santapan dan bekalan generasi masa depan di dalam melonjakkan keutuhan bangsa Melayu di bumi bertuah kita ini.

Dari susun kata dan pengisiannya, pesanan demi pesanan diletakkan secara beradab dan teratur. Kesimpulan nya, pesanan nenek moyang kita ini menjangkaui pesanan supaya bangsa Melayu Bersatu Padu, Berkhemah, Teguh Bersama-Sama, Membantu Sesama Bangsa, Mempertahankan Agama, Bangsa, Kampung, Negeri dan Negara supaya kekal Bangsa Melayu itu dengan mencapai kegemilangan hendaknya.

Apakah kita hari ini ingin merosakkan segala sususan yang telah diperturunkan dan diamanahkan serta diwarisi oleh nenek moyang kita? Ingatlah dengan penuh insaf, tiada lagi Bangsa Melayu yang memerintah dan mempunyai Negara seperti kita pada hari ini. Hanya Malaysia sahaja yang diperintah oleh Bangsa Melayu.

Saudara-Saudari ku Melayu yang dikasihi, sama-sama lah kita mendukung tanggungjawab memastikan Melayu tetap memerintah di muka bumi tercinta ini. Bersatulah dan bergerak kehadapan. InsyaALLAH

Salam


Saturday 10 December 2011

Apa nak Jadi Dengan Melayu? Jangan Kita Jadi Penonton Sahaja

Salam Saudara-Saudari ku Melayu yang dikasihi,

Sedarkah bahawa Melayu telah berpecah lagi atas kelekaan kita sendiri? Baru-baru ini parti DAP dengan tanpa rasa malunya memulakan langkah ingin meletakkan calon-calon Melayu bertanding dalam PRU13. Memang selama ini DAP telahpun meletakkan calon-calon Melayu bertanding didalam PRU yang lepas, namun calon-calon berkenaan sememangnya diketahui tidak akan memberi sebarang kerusi kepada mereka.

Bertindak atas pengalaman PRU12 dimana DAP menang besar sebagai parti tunjang di Negeri Perak Darul Ridhuan, tetapi dinafikan hak mereka meletak bukan Melayu sebagai Menteri Besar yang termaktub dalam undang-undang tubuh negeri Perak Darul Ridhuan; Maka strategi baru mereka meletakkan calon-calon Melayu atas tiket DAP sebagai bakal Menteri-Menteri Besar di Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan lain-lain adalah cukup membahayakan kita pada kali ini.

Sedarlah wahai Saudara-Saudariku Melayu yang dikasihi, jika seorang pun calon Melayu DAP itu mendapat kerusi dan diangkat sebagai Menteri Besar nanti, maka kita sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kekuatan Melayu dibumi bertuah ini. Menteri Besar berkenaan akan mengikut telunjuk DAP dan bermulalah agenda menghapuskan segala bentuk agenda Melayu kita dari dalam pentadbiran kerajaan.

Renunglah sedalam-dalamnya perpecahan Melayu kita pada hari ini. Kita mempunyai Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu Atas Pagar, Melayu KITA, Melayu Tiada Parti, Melayu Tidak Kisah Untuk Jadi Pengundi, Melayu Yang Kecewa dari UMNO yang kalah dalam pertandingan, Melayu Yang Khianat pada Bangsa Melayu dan lain-lain lagi. Sebagai contoh yang paling malu buat Melayu ketika ini adalah Majlis Himpun di Shah Alam baru-baru ini. Majlis berkenaan bukan lah majlis politik, majlis berkenaan adalah majlis menghimpukan Melayu agar menyanggah anasir memurtadkan orang Melayu Islam yang agak berleluasa dewasa ini. Malang bagi Melayu Islam, kepentingan politik lebih penting dari segalanya.

Kaum Cina di Malaysia ini, kepentingan Ugama, Pelajaran, Budaya dan Bahasa mereka jangan sekali-kali kita menyentuhnya. Tidak kira dari parti mana pun, dikedai kopi, tempat main mahjong atau mana-mana ceruk rantau pun mereka semua akan bersatu dan mempertahankan. Malahan sekarang ini seolah-olah kerajaan BN seperti diancam dengan segala bentuk permintaan dari mereka.

Pesan orang-orang tua BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH. APA NAK JADI DENGAN MELAYU? JANGAN KITA JADI PENONTON SAHAJA.

Salam