Tuesday 6 December 2011

Jangan Cuit Perasaan Orang Melayu Yang Termaktub Dalam Perlembagaan

Saudara-Saudari Melayu ku yang dikasihi. Berikut adalah sebahagian ucapan Dato Seri Najib Razak pada Majlis Perhimpunan PEKIDA Malaysia di Shah Alam, Isnin malam yang lalu.

1- "...orang Melayu tidak pernah mengamalkan sikap perkauman malah sanggup berkongsi kuasa dan adil kepada bangsa lain di negara ini"

2- " ...orang Melayu sentiasa mengamalkan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan dan sanggup menghulurkan tangan kepada orang bukan melayu untuk membina sebuah negara yang aman, bersatupadu dan lebih makmur."

3- "...oleh itu jangan sekali-kali mereka (orang bukan melayu) mencuit perasaan orang-orang melayu dengan hendak ubah apa yang sudah termaktub dalam perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu Merdeka dulu."

4- "...perkara-perkara ini kita akan pertahankan. Orang Melayu tidak mahu sesiapa cuba merungkaikan perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan dan Malaysia mesti dibina berasaskan perlembagaan."

5- "...kita percaya dalam kerangka perlembagaan kita, samada tersurat atau tersirat, sudah boleh kita membina sebuah negara yang adil dan saksama untuk semua kaum."

Daripada ucapan yang tulus ikhlas itu, dapatlah kita uraikan bahawa, terdapat anasir-anasir yang cuba menyerang kedaulatan, hak dan keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub di dalam perlembagaan. Ditambah pula dengan kerjasama dan sokongan segelintir orang-orang Melayu sendiri yang seolah-olah mencurah minyak kedalam sekam api yang membara orang-orang bukan Melayu.

Telah sampai waktunya bagi kita orang-orang Melayu, membuang sifat iri hati dan taksub pada perubahan demokrasi moden ala barat didalam mencorak perjalanan menuju kegemilangan melayu khasnya dan  Malaysia amnya. Tidak semestinya demokrasi ala-barat itu sesuai semuanya dengan acuan dan corak hidup kita. Bersatulah, duduk lah semeja mencari jalan semoga kita tidak lagi lemah dan akan hilang segalanya nanti.

Orang-orang Melayu patut duduk sejenak memikirkan apakah selama ini hanya kita sahaja yang mesti beralah? setelah menghulurkan segalanya demi pembentukan Malaysia yang merdeka, aman dan damai bagi semua kaum di bumi bertuah ini. Apa lagi yang orang-orang bukan Melayu mahukan? Cukup sudah kita "BERALAH", Pertahankan lah kedaulatan Melayu! Pesankan kepada mereka "JANGAN SEKALI CUIT PERASAAN ORANG MELAYU YANG TELAH TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN"






No comments:

Post a Comment